Assalamualaikum dan salam sejahtera..Selamat datang ke Blog Jutawan Muslimah Siber. Sebelum terus membaca, diharap anda semua tidak terkejut dengan diri saya. Membaca alamat Blog ini sudah pasti anda sangkakan saya adalah wanita atau Muslimah..Tetapi bukan..bukan dan bukan..Saya adalah seorang Muslim lelaki..tak percaya? Saya akan ceritakan nanti..
Tujuan saya menggunakan tema Muslimah bukanlah untuk memperalatkan kaum wanita..akan tetapi saya ingin membuka mata wanita dan muslimah sekalian agar memahami peluang dan ruang untuk menjadi Jutawan Muslimah dengan perniagaan internet..melahirkan semula Usahawan Muslimah di zaman Rasulullulah iaitu Saidatina Khadijah di zaman online ini, dengan medium yang serba canggih dan sentiasa membangun..selari dengan peredaran zaman serta tidak melanggar hukum Allah. Ini kerana tidak ramai yang berani menceburkan diri dalam perniagaan internet terutamanya umat Muslimah, amnya wanita..Hingga hari ini, kaum lelaki sahaja yang mendominasi perniagaan Internet ini..Adakah Muslimah masa kini tidak mampu untuk menyahut cabaran ini? Adakah Muslimah masa kini sudah berasa selamat dengan kewangan masing-masing? Adakah Muslimah masa kini Jumud dan mundur? Adakah Muslimah masa kini hanya melihat orang lain berjaya? Tepuk dada, tanya selera.
Insya Allah, dalam Blog ini saya akan berkongsi panduan perniagaan Internet yang saya perolehi melalui pengalaman saya sejak tahun 2003 hingga kini..segala info, tips dan maklumat yang terdapat dalam blog ini adalah percuma dan boleh disebarkan kepada rakan-rakan anda.
Baiklah, nama saya ialah Ahmed Yussof Bin Kamaruddin. Berasal dari Perak dan sekarang tinggal di Klang, Selangor.Menamatkan pengajian di UIAM pada tahun 2009.
Pemasaran di Internet adalah sesuatu yang menarik dan menyeronokkan bagi Muslimah apabila kita tahu RAHSIA untuk BERJAYA. Oleh itu, di dalam Blog ini, saya akan berkongsi dengan Muslimah khasnya, bagaimana melakukan Pemasaran Internet, Jana Pendapatan Online, dan menjadi Jutawan Muslimah Siber. Apa yang penting ialah BERTINDAK, kerana sebanyak mana ILMU yang kita kuasai, jika tiada tindakan, maka kejayaan tidak akan datang bergolek.
Wassalam..
Dari Siber,
